Ultra Seven

Ultra Seven (ウルトラセブン, Urutora Sebun) ialah adiwira fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan TV tokusatsu yang sama namanya. Dia julung kali muncul dalam Ultra Seven (Siri Ultra yang ketiga dan kedua yang menampilkan makhluk Ultra), iaitu siri TV SF tokusatsu terkenal yang pernah disiarkan di TV Jepun pada tahun 1967. Susulan kepada Ultraman oleh Eiji Tsuburaya ini menjadi antara siri TV fantasi yang terhebat di Jepun. Ultra Seven dianggap sesetengah pihak sebagai balasan Jepun kepada Star Trek: The Original Series, dan Siri Ultra terbaik sepanjang zaman, sehingga wira Ultra Seven (atau cuma 'Seven') sendiri telah muncul dalam hampir setiap Siri Ultra selepas siri sendirinya, sekaligus meraih lebih pendedahan berbanding Ultraman yang asli (itupun tidak boleh dinafikan bahawa Ultraman asli merupakan "wajah" segala Ultra). Ultra Seven kadang-kala disalah sebut "Ultraman Seven" oleh banyak sumber di luar Jepun. Nama Ultra Seven boleh dieja Ultraseven (tanpa jarak).